RSS

22 Disember 2009

Pendakian Bukit Broga

Ini aktiviti kami, JBJB yang pertama..Dan Alhamdulillah berjaya! Kami melakukan aktiviti pendakian Bukit Broga dan disertai bersama teman sekomik kami, Sanji...

Kami berkumpul di Petronas Ampang pada pukul 6.15 pagi sebab target sampai di atas Bukit ketika matahari terbit..Tapi gagal dan mula bergerak dari Ampang pada pukul 6.45 pagi dan tiba di kaki Bukit Broga 7.30 pagi..

Kalau dari KL atau area Ampang atau kawasan yang sewaktu dengan nya, boleh la menuju ke Grandsaga dan terus menuju ke Lekas Highway dan keluar ke simpang Rinching... Korang akan nampak signboard Bukit Broga selepas masuk je kawasan simpang Rinching tu..

Kaki Bukit untuk permulaan pendakian betul-betul depan Ladang Ternakan Arnab n parking fees cuma RM2.00 yang dikutip oleh tuan punya tanah agaknye..hee..

Permulaan perjalanan agak biasa je..lepas tu sedikit curam yang perlukan sokongan tali yang memang dah ada terikat dekat pokok-pokok dekat lereng-lereng bukit yang agak curam.Tapi tak berapa merbahaya pun.. Lepas tu perjalanan lebih kepada pendakian yang agak curam tapi dah memang ada trek-trek tangga yang agak kena berhati-hati sikit..Selepas dalam 30 minit-45 minit berjalan kalau banyak berhenti..Sampai la ke puncak Bukit Broga ^_^







~Bee~

13 Disember 2009

[terbang bersama firefly]

kredit kepada blog ini.
gambar iklan dalam blog itu memang ada double meaning. bagi aku lah. kerana secara automatik otak aku fikir ke arah 'berhaluan kiri'.

mengenai firefly,
aku belum pernah menggunakan perkhidmatan ia lagi.
aku cuma pernah menggunakan airasia saja. kerana sudah biasa dengan tawaran tambang murah nya.

firefly.
dilancarkan pada tahun 2007 beroperasi dibawah firefly sdn bhd sebagai anak syarikat malaysia airline system berhad.
penerbangan firefly adalah dari lapangan terbang subang, penang atau singapura ke destinasi domestik atau antarabangsa. destinasi domestik yang ditawarkan oleh firefly adalah seperti langkawi, kota bharu, kuala terengganu, alor setar dan johor bahru [sekadar menyebut beberapa destinasi]. manakala destinasi antarabangsa, anda boleh terbang ke phuket, pekan baru, batam dan juga singapura [juga sekadar menyebut beberapa destinasi].

untuk tempahan tiket, boleh melalui online di www.fireflyz.com.my atau melalui talian +603 7845 4543 (dibuka setiap hari dari 8 am - 9 pm).
seperti yang aku maklumkan tadi. aku belum pernah menggunakan perkhidmatan firefly. ini adalah homework yang aku buat sendiri. manalah tahu lain kali mahu cuba. jika kamu ada sebarang pengalaman boleh juga kongsi.

[mungkin lain kali akan cuba firefly - jb]

hai..

oh yeah..

since semua menyampaikan salam dengan post sendiri..aku perlu juga menyampaikan salam perkenalan dalam post sendiri...

salam perkenalan untuk semua dari J disini...
hai hai hai J desu..

semoga kita sama-sama dapat menghayati dan menikmati kehidupan dengan gumbira dan tanpa sesal.. YOSSShh..

ONEGAISHIMASU!!



video
crdt : youtube

12 Disember 2009

Salam dari aku pula~

Salam dari aku juga..B...
Kenapa B?Anggap saja nama singkatan dari Bee yang suke makan Honey..haha~

Blog ni tercipta atau diciptakan adalah untuk berkongsi pengalaman yang kami bertiga lalui sepanjang kami masih lagi muda remaja yang masih tak/belum mempunyai banyak komitmen dan tanggungjawab dan kami masih belum cukup/puas menerokai dunia..

Untuk tempoh sekarang kami masih berfikir dan merencana aktiviti yang bakal dilakukan oleh kami dalam tempoh yang terdekat..

Sampai sini dulu..Moga blog ini terus aktif..^_^


~B~

[panaskan badan]

entah macam mana aku nak mulakan, ya?

mungkin ucapan assalamualaikum.
mungkin ucapan salam sejahtera.
mungkin ucapan salam kenal.

apapun.
aku cuma mahu beritahu. ini adalah entri pengenalan. kami masih cuba sesuaikan diri dengan dunia blog. kami masih cuba serasikan dunia huru hara kami dengan dunia blog ini.

ya. kami.
aku [jb].
dan dua rakan aku [j dan b].


bagi aku.
ini adalah seperti jurnal atau log aktiviti.
bagi yang lain.
mereka akan cerita sendiri.

ini entri pengenalan.
sekadar warming up.


[salam kenal dari jb]