RSS

22 Disember 2009

Pendakian Bukit Broga

Ini aktiviti kami, JBJB yang pertama..Dan Alhamdulillah berjaya! Kami melakukan aktiviti pendakian Bukit Broga dan disertai bersama teman sekomik kami, Sanji...

Kami berkumpul di Petronas Ampang pada pukul 6.15 pagi sebab target sampai di atas Bukit ketika matahari terbit..Tapi gagal dan mula bergerak dari Ampang pada pukul 6.45 pagi dan tiba di kaki Bukit Broga 7.30 pagi..

Kalau dari KL atau area Ampang atau kawasan yang sewaktu dengan nya, boleh la menuju ke Grandsaga dan terus menuju ke Lekas Highway dan keluar ke simpang Rinching... Korang akan nampak signboard Bukit Broga selepas masuk je kawasan simpang Rinching tu..

Kaki Bukit untuk permulaan pendakian betul-betul depan Ladang Ternakan Arnab n parking fees cuma RM2.00 yang dikutip oleh tuan punya tanah agaknye..hee..

Permulaan perjalanan agak biasa je..lepas tu sedikit curam yang perlukan sokongan tali yang memang dah ada terikat dekat pokok-pokok dekat lereng-lereng bukit yang agak curam.Tapi tak berapa merbahaya pun.. Lepas tu perjalanan lebih kepada pendakian yang agak curam tapi dah memang ada trek-trek tangga yang agak kena berhati-hati sikit..Selepas dalam 30 minit-45 minit berjalan kalau banyak berhenti..Sampai la ke puncak Bukit Broga ^_^







~Bee~

0 yang turut serta:

Catat Ulasan