RSS

13 Disember 2009

[terbang bersama firefly]

kredit kepada blog ini.
gambar iklan dalam blog itu memang ada double meaning. bagi aku lah. kerana secara automatik otak aku fikir ke arah 'berhaluan kiri'.

mengenai firefly,
aku belum pernah menggunakan perkhidmatan ia lagi.
aku cuma pernah menggunakan airasia saja. kerana sudah biasa dengan tawaran tambang murah nya.

firefly.
dilancarkan pada tahun 2007 beroperasi dibawah firefly sdn bhd sebagai anak syarikat malaysia airline system berhad.
penerbangan firefly adalah dari lapangan terbang subang, penang atau singapura ke destinasi domestik atau antarabangsa. destinasi domestik yang ditawarkan oleh firefly adalah seperti langkawi, kota bharu, kuala terengganu, alor setar dan johor bahru [sekadar menyebut beberapa destinasi]. manakala destinasi antarabangsa, anda boleh terbang ke phuket, pekan baru, batam dan juga singapura [juga sekadar menyebut beberapa destinasi].

untuk tempahan tiket, boleh melalui online di www.fireflyz.com.my atau melalui talian +603 7845 4543 (dibuka setiap hari dari 8 am - 9 pm).
seperti yang aku maklumkan tadi. aku belum pernah menggunakan perkhidmatan firefly. ini adalah homework yang aku buat sendiri. manalah tahu lain kali mahu cuba. jika kamu ada sebarang pengalaman boleh juga kongsi.

[mungkin lain kali akan cuba firefly - jb]

0 yang turut serta:

Catat Ulasan